Wednesday, 25 April 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan

Unit Perpustakaan mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menduduki peperiksaan yang bermula pada 23 April hingga 4 Mei 2012 kepada seluruh pelajar PSP khasnya kepada semua ahli Rakan Perpustakaan.

Thursday, 19 April 2012

Jamuan Rakan Perpustakaan

Bagi meraikan ahli RP yang akan menamatkan pengajian dan meraikan ahli-ahli RP sepanjang Sesi Disember 2011, satu majlis jamuan makan telah di adakan pada 18 April 2012 bertempat di Unit Perpustakaan PSP.
Di harapkan perhubungan antara ahli RP terus terjalin walaupun ada yang akan meneruskan kehidupan baru selepas ini setelah menamatkan pengajian di PSP.

Wednesday, 18 April 2012

Bowling Persahabatan RP

Rakan Perpustakaan telah menganjurkan perlawanan bowling persahabatan pada 8 April 2012 di Ole-Ole Superbowl, Landmark Shopping Centre, Giant Kulim, Kedah.
Penyertaan ahli Rakan Perpustakaan seramai 17 orang dengan 4 orang kakitangan perpustakaan telah memeriahkan perlawanan bowling tersebut.
Aktiviti rekreasi ini sekaligus mengeratkan hubungan sesama ahli dan mempamerkan kehebatan ahli dalam sukan yang dianjurkan.

Tuesday, 27 March 2012

Ensiklopedia Britannica

Ensiklopedia Britannica versi cetakan dihentikan

Chicago 14 Mac - Encyclopedia Britannica Inc. bakal menghentikan penerbitan ensiklopedia terkenalnya buat pertama kali sejak ia diterbitkan lebih 200 tahun lalu.



Ensiklopedia jenis buku diterbitkan buat pertama kali di Edinbugh, Scotland pada 1768 akan menghentikan jualan selepas stok sedia ada habis.
Selepas ini, syarikat yang berpangkalan di Chicago itu akan terus menawarkan ensiklopedia versi digital.
"Ia tidak ada kena mengena dengan Wikipedia atau Google, cuma produk digital Britannica lebih banyak terjual ketika ini," kata Presidennya, Jorge Cauz.
Tahun paling gemilang bagi ensiklopedia versi cetakan adalah pada tahun 1990 apabila 120,000 set berjaya dijual namun angka tersebut semakin merosot kepada 40,000 set enam tahun kemudian.
Syarikat itu mula meneroka penerbitan digital pada 1970-an dan mengeluarkan CD-ROM pertama pada 1989 serta versi dalam talian pada 1994.
Set ensiklopedia kulit keras terakhir Britannica dijual di laman web syarikat tersebut pada harga AS$1,395 (RM4,256.84).
"Jualan ensiklopedian jenis cetakan semakin merosot beberapa tahun lalu dan kami tahu perkara ini baru berlaku, " katanya.
Syarikat tersebut merancang untuk memperingati versi cetakan dengan memuatkan kandungannya di dalam laman web secara percuma selama seminggu.
Ensiklopedia versi dalam talian dilayari oleh lebih 100 juta orang di dunia dan syarikat tersebut turut menyediakan kandungan di dalam peranti mudah alih.

Seminar Bijak Membaca

Unit Perpustakaan PSP telah mengadakan Seminar Bijak Membaca pada 24 Mac 2012, Sabtu bertempat di Aras 1, Unit Perpustakaan PSP. Antara objektif seminar ialah memberi pendedahan kepada pelajar kemahiran bacaan pantas, meningkatkan kelajuan membaca secara sistematik dan meningkatkan keupayaan mencerna fakta bacaan dan kefahaman bahasa. Penceramah bagi seminar ini ialah Encik Noor Azam Samsudin, Pengarah Urusan SAHABAT Excellent Sdn.Bhd., terlibat dengan perundingan dan konsultansi kewangan dan Neuro Lingguistic Programming (NLP). Selain itu, beliau turut terlibat dalam pelbagai kursus jangka pendek di antaranya "Speed Reading - Maximing Your Time" suatu pendekatan bagi menggunakan masa yang terhad kepada perkara yang berfaedah dalam konteks pembacaan bagi tujuan pendidikan.


Monday, 5 March 2012

Bengkel Penerbitan Penulisan Akademik

Perpustakaan Politeknik Seberang Perai akan menganjurkan Bengkel Penerbitan Penulisan Akademik kepada pensyarah Politeknik Seberang Perai. Ini adalah antara usaha mengarus perdanakan politeknik melalui memperkasakan sumber manusia dengan penghasilan penyelidikan, penerbitan serta projek-projek inovasi dalam pelaksanaan Agenda Transformasi Politeknik.

Tujuan bengkel ini dijalankan ialah untuk :-

  • Memperkenalkan teknik mengenai cara-cara untuk menerbitkan penyelidikan dan penulisan
  • Memahami kehendak penerbit dalam penghasilan dalam sesuatu penulisan akademik
Butiran Bengkel Penerbitan Penulisan Akademik seperti berikut :-

                             Tarikh : 19 Mac 2012
                             Tempat : Bilik Tayangan UIDM
                             Kumpulan Sasaran : Pensyarah PSP
                             Bilangan Perserta : 40 Orang

Diharap dengan pelaksanaan bengkel ini akan dapat membantu para pensyarah dalam menerbitkan penyelidikan dan penulisan akademik sebagai usaha mengarusperdanakan politeknik.

Jom Pi Perpustakaan


Perpustakaan Politeknik Seberang Perai sedang menganjurkan Kempen Jom Pi Perpustakaan bermula dari 5 - 10 Mac 2012. Sepanjang kempen ini berlansung, perlbagai aktiviti menarik telah dirancang antaranya seperti :-

  • Tempat Misteri
  • Pengguna Bertuah
  • Sumbangan Buku ( book donation )
  • Kuiz Pencarian Maklumat
  • Booth Bersama Perpustakaan Awam Pulau Pinang
  • Hari Bertemu Pelanggan
  • The Readers
Tujuan kempen ini dijalankan adalah bagi :-

  • Mempromosi perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan
  • menggalakkan warga Politeknik Seberang Perai menggunakan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran dan komuniti
  • Meningkatkan penggunaan perpustakaan dalam kalangan pengguna sedia ada dan pengguna baru
Perpustakaan Politeknik Seberang Perai mengalu-alukan penglibatan semua warga Politeknik Seberang Perai bagi memeriahkan perjalanan kempen Jom pi Perpustakaan.


Friday, 25 November 2011

Lawatan Muhibah Dari Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah

Unit Perpustakaan telah menerima lawatan muhibah dari Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah iaitu seramai 6 orang kakitangan dari Unit Perpustakaan dan Unit Data dan Maklumat, pada 21 November 2011. Lawatan penandaarasan ini adalah bagi melihat pelaksanaan sistem KOHA dan sistem open source perpustakaan yang diguna pakai di Perpustakaan PSP serta juga bertukar-tukar pandangan dan idea untuk menambah baik perkhidmatan perpustakaan.

Bulan Bahasa Kebangsaan 2011

Sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 yang disambut Oktober setiap tahun, Unit Perpustakaan tidak ketinggalan menganjurkan pertandingan untuk meraikan bulan bahasa ini. Pada kali ini dua pertandingan telah diadakan iaitu Kuiz Mari Mencari dan Pertandingan Semarak Pantun. Penyertaan terbuka kepada semua warga Politeknik Seberang Perai bermula dari 3-21 Oktober 2011. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Pemenang Pertandingan Kuiz Mari Mencari

Fatin Syazwani Binti Munshi

Noraslinda Binti Din (diwakili oleh Uma)

Uswatul Ikmah Binti Ali

Pemenang Pertandingan Semarak Pantun

Norhidayah Binti Abd Rahim

Noor Idawati Binti Md Isa

Syarifah Norhafida Binti Syed Ahmad

Peminjam Terbanyak 2011

Tahniah diucapkan kepada pelajar dari Jabatan Perdagangan, Cik W.Nur Nabihah Binti W.Noor Rushaziz yang dianugerahkan peminjam bahan perpustakaan terbanyak sepanjang tahun 2011.