Wednesday 27 November 2013

Program Pertukaran Buku

Assalammualaikum & Salam Sejahtera, Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan PSP akan menganjurkan 'Program Pertukaran Buku' dimana setiap buku terpakai akan ditukar dengan kupon. Sebagai permulaan program, tuan/puan adalah dijemput untuk menghantar bahan terpakai pada ketetapan berikut : Tarikh : 25 November - 9 Disember 2013 Masa : 9.00pagi - 4.30 petang Tempat : Perpustakaan PSP Penebusan kupon akan dilaksanakan sempena minggu 'Saya Dan Perpustakaan' iaitu pada : Tarikh : 11 & 12 Disember 2013 Masa : 9.00 - 5.00 petang Tempat : Bilik Bacaan Pensyarah, Perpustakaan PSP Bersama ini disertakan maklumat penuh program untuk makluman tuan/puan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Rosriani Yahya (samb. 1121, rosriani@psp.edu.my) atau Pn Zuraidah Omar (samb. 5223/1126, zuraidah@psp.edu.my)

Selamat Datang Pelajar Baharu Semester Disember 2013

Unit Perpustakaan PSP mengalu-alukan kemasukan para pelajar baharu Semester Disember 2013. Tahniah dan syabas kerana memilih PSP sebagai pusat pengajian anda semua. Unit Perpustakaan menanti dengan tangan terbuka kehadiran para pelajar untuk menggunakan segala perkhidmatan dan kemudahan di perpustakaan.

Monday 9 September 2013

Jamuan Hari Raya Rakan Perpustakaan

Sempena meraikan Aidilfitri Syawal 1434 Hijrah, Rakan Perpustakaan telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya pada 27 Ogos 2013. Majlis ini diadakan bagi merapatkan hubungan silaturahim diantara Rakan Perpustakaan dan Staf Perpustakaan. Antara aktiviti yang diadakan pada sambutan tersebut ialah Pertandingan Pakaian Segak Lelaki dan Pakaian Anggun Wanita. Untuk pakaian segak dimenangi oleh Saudara Khairee Azri, untuk pakaian anggun dimenangi oleh Saudari Alia.

Pemenang Pertandingan Merekacipta Poster Galakan Membaca

Tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Merekacipta Poster Galakan Membaca anjuran Unit Perpustakaan PSP.

Tuesday 13 August 2013

Majlis Berbuka Puasa Rakan Perpustakaan

Sempena Ramadhan 1434 Hijrah, Rakan Perpustakaan telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di MS Curry Bandar Perda Bukit Mertajam. Majlis telah berlansung pada 19 Julai 2013 (Jumaat) yang telah dihadiri seramai 38 orang Rakan Perpustakaan dan 4 orang kakitangan perpustakaan. Diharapkan majlis sebegini mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan Rakan Perpustakaan dan kakitangan perpustakaan.

Pertandingan Merekacipta Poster Galakan Membaca

Pertandingan Merekacipta Poster Galakan Membaca telah dilanjutkan kepada 23 Ogos 2013. Kepada semua warga PSP marilah beramai-ramai menyertai pertandingan ini bagi menyokong budaya membaca dalam kalangan warga PSP.

Friday 19 July 2013

Pemenang Teka Jumlah Mukasurat Buku

Tahniah kepada semua pemenang Teka Jumlah Mukasurat Buku yang telah diadakan pada 24 Jun hingga 12 Julai 2013.Syabas diatas penyertaan dan jumlah tekaan yang tepat.

Sesi Taklimat Library Skills

Mulai 2 Julai hingga 25 Julai 2013 Unit Perpustakaan akan mengadakan Sesi Taklimat Library Skills kepada semua pelajar Semester satu bagi memberi pendedahan cara-cara penggunaan perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh perpustakaan dan cara pencarian maklumat yang terdapat di perpustakaan.

Friday 28 June 2013

Pertandingan Merekacipta Poster Galakan Membaca

Mulai 1hb hingga 31hb Julai 2013 Unit Perpustakaan mengadakan pertandingan merekacipta poster galakan membaca. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga PSP. Tema merekacipta poster ialah Baca Amalan Ceria Anda.Kepada semua pelajar dan kakitangan PSP yang berminat, boleh mengambil maklumat lanjut pertandingan di kaunter perpustakaan.

Monday 24 June 2013

Rakan Perpustakaan Sesi Jun 2013

Kepada semua pelajar Semester Satu Sesi Jun 2013 yang berminat untuk menganggotai Kelab Rakan Perpustakaan, bolehlah mengisi borang keahlian yang boleh didapati di kaunter perpustakaan dan borang atas talian di url http://www.psp.edu.my/libpsp mulai 24 Jun hingga 5 Julai 2013. Borang keahlian yang lengkap hendaklah dikembalikan di kaunter perpustakaan selewat-lewatnya pada 5 Julai 2013. Semua ahli Rakan Perpustakaan wajib menghadiri perjumpaan pertama di Bilik Rujukan Perpustakaan pada 9 Julai 2013 ( Selasa) pada jam 5.00 petang bagi melantik ahli jawatankuasa baharu.

Friday 21 June 2013

Peraduan Teka Mukasurat Buku

Unit Perpustakaan sekali lagi mengadakan Peraduan Teka Mukasurat Buku mulai 24 Jun hingga 12 Julai 2013 kepada semua peminjam bahan perpustakaan. Marilah beramai-ramai ke perpustakaan bagi memeriahkan lagi peraduan yang diadakan ini bagi menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan warga PSP.

Monday 17 June 2013

Selamat Datang Pelajar Baharu Sesi Jun 2013

Unit Perpustakaan mengalu-alukan pendaftaran pelajar baharu Sesi Jun 2013 pada 17 Jun 2013. Tahniah dan syabas kerana bersama-sama PSP dalam merealisasikan impian anda untuk bergelar pelajar yang bakal mencorakkan masa hadapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Buku Kanak-kanak Harumkan Malaysia

Penggiat buku kanak-kanak yang terdiri daripada penerbit, penulis serta ilustrator berjaya mencuri perhatian peserta Festival Kandungan Buku Kanak-kanak Asia (AFCC) di Perpustakaan Negara Singapura, baru-baru ini.

Thursday 9 May 2013

Lawatan Penandaarasan Ke UniMap & PTSS

Unit Perpustakaan telah menganjurkan lawatan penandaarasan ke UniMAP dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin pada 8 Mei 2013. Objektif lawatan adalah mempelajari amalan terbaik perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di perpustakaan UniMAP dan PTSS juga melihat susun atur dan kemudahan yang disediakan di kedua-dua perpustakaan. Mempelajari di perpustakaan UniMAP yang mengendalikan perkhidmatan ebook dan Worldcat serta melihat kerja-kerja pendigitan bahan-bahan terbitan organisasi dan tesis menggunakan perisian dspace. Melalui pendedahan semasa lawatan penandaarasan ini, kakitangan perpustakaan akan dapat mempelajari dan merancang pembangunan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih sistematik.

Monday 29 April 2013

Peminjam Buku Terbanyak Sesi Disember 2012

Tahniah kepada Saudari Zur Hijrah Binti Harizal dari Jabatan Perdagangan kerana muncul sebagai pelajar peminjam buku terbanyak bagi Sesi Disember 2012. Syabas diucapkan kepada Saudari Zur Hijrah.

Monday 22 April 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir

Unit Perpustakaan mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir kepada semua pelajar Politeknik Seberang Perai, ucapan ini juga khas ditujukan kepada semua ahli Kelab Rakan Perpustakaan. Semoga dapat memjawab soalan dengan tenang dan didoakan beroleh kejayaan.

Monday 15 April 2013

Semai Bakti Rumah Permata Kasih

Bertempat di Rumah Permata Kasih, Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh 14 April 2013 Rakan Perpustakaan telah mengadakan program Semai Bakti. Program kali ini juga disertai bersama-sama dengan Rakan Pusat Islam (RPI). Matlamat program ini diadakan bagi menjalinkan budaya berkasih sayang antara RP dan penghuni rumah Permata Kasih yang terdiri daripada anak-anak yatim. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Lambungan Kasih, Picture Show dan Lets Play With Colour. Diharap aktiviti ini mengeratkan lagi ukhwah sesama peserta.

Seminar Bijak Membaca

Unit Perpustakaan telah menganjurkan Seminar Bijak Membaca kepada sebahagian pelajar terpilih daripada Semester 2 dari setiap jabatan pada 23 Mac 2013. Seminar ini adalah satu program untuk mendedahkan pelajar mengenai teknik bacaan yang sistematik dan berkesan. Melalui kemahiran ini pelajar akan lebih merasa keseronokan membaca dan secara tidak langsung menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.

Friday 22 March 2013

Suasana Pertandingan The Readers

Kelab Rakan Perpustakaan bersama-sama Unit Perpustakaan PSP berjaya menganjurkan Pertandingan The Readers pada 16 Mac 2013 yang lalu. Peserta pertandingan terdiri daripada pelajar PSP dari pelbagai semester dan program. Diharap program seperti ini memperkenalkan lagi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Unit Perpustakaan.

Thursday 28 February 2013

Pertandingan Fotografi 'Gelagat Membaca'

Adalah dimaklumkan tarikh akhir untuk menghantar penyertaan Pertandingan Fotografi dengan tema 'Gelagat Membaca' yang dianjurkan oleh Unit Perpustakaan dilanjutkan kepada tarikh baru iaitu pada 15 Mac 2013. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar PSP. Hadiah-hadiah menarik melebihi RM100 menanti para pemenang.

Tuesday 26 February 2013

Lawatan Muhibah PTSB

Unit Perpustakaan PSP mengalu-alukan lawatan muhibah dari Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim Kedah pada 26 Mac 2013. Lawatan di ketuai Pustakawan PTSB dan diiringi seramai 5 orang Pembantu Perpustakaan bagi bertukar-tukar maklumat dan perkongsian pengalaman.

Friday 22 February 2013

The Readers

Kelab Rakan Perpustakaan bersama-sama Unit Perpustakaan akan mengadakan satu pertandingan info hunt yang dinamakan The Readers. Pertandingan ini akan diadakan pada 16 Mac 2013, Sabtu dan terbuka kepada semua pelajar semester 1. Borang penyertaan boleh didapati dari kaunter perkhidmatan Unit Perpustakaan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Mac 2013.

Thursday 7 February 2013

Pemanjangan Waktu Perkhidmatan Perpustakaan

Unit Perpustakaan akan melanjutkan waktu perkhidmatan perpustakaan mulai 18 Februari hingga 27 April 2013 bagi memudahkan semua pengguna perpustakaan menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan. Maklumat perkhidmatan boleh dirujuk melalui poster dibawah.

Pameran Buku PSP

Unit Perpustakaan akan menganjurkan Pameran Buku bersempena pemberian Baucer Buku 1Malaysia pada 19 hingga 21 Februari 2013 di Kantin PSP mulai jam 9 pagi hingga 4 petang. Para pelajar dan kakitangan PSP dijemput hadir bagi memeriahkan pameran buku ini. Pelbagai buku menarik beserta potongan harga ditawarkan.

Tuesday 5 February 2013

Bowling Rakan Perpustakaan

Rakan Perpustakaan telah menganjurkan Bowling Persahabatan RP pada 2 Februari 2013 bertempat di Pacific Megamall Perai. Seramai 28 orang RP bersama-sama 5 orang kakitangan perpustakaan menyertai aktiviti riadah ini bagi melahirkan semangat kesukanan dalam kalangan RP.

Friday 1 February 2013

Pertandingan Fotografi

Unit Perpustakaan PSP menganjurkan Pertandingan Fotografi dengan tema Gelagat Membaca yang terbuka kepada pelajar PSP sahaja mulai 1hb. hingga 28hb. Februari 2013. Borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di kaunter perkhidmatan Unit Perpustakaan.

Monday 14 January 2013

Gotong Royong Rakan Perpustakaan

Kelab Rakan Perpustakaan memulakan aktiviti pertama untuk tahun 2013 dengan program gotong royang menceriakan perpustakaan pada 13 Januari 2013. Seramai 40 orang RP dan dibantu 8 orang kakitangan perpustakaan bekerjasama bagi menceriakan lagi perpustakaan untuk keselesaan pengguna.

Tuesday 8 January 2013

Taklimat Library Skills

Unit Perpustakaan mengadakan sesi taklimat Library Skills kepada pelajar Semester 1 mulai 3 hingga 29 Januari 2013 di Bilik Internet Unit Perpustakaan. Taklimat ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sumber-sumber maklumat dan perkhidmatan-perkhidmatan atas talian yang disediakan melalui OPAC perpustakaan.

Saya & Perpustakaan

Bagi menggalakkan para pelajar dan warga PSP mengunjungi perpustakaan, mulai 7 hingga 11 Januari akan di adakan program Saya & Perpustakaan yang menampilkan pengguna loker bertuah, peminjam loker bertuah dan tempat misteri. Bagi pengguna yang bertuah, akan menerima cenderamata dari Unit Perpustakaan.