Wednesday 24 October 2012

Jamuan Perpisahan Rakan Perpustakaan

Sempena meraikan Rakan Perpustakaan yang akan menamatkan pengajian, ahli-ahli kelab Rakan Perpustakaan menganjurkan majlis minum petang pada 22 Oktober 2012. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran pustakawan dan semua kakitangan perpustakaan. Turut diadakan acara bertukar hadiah antara hadirin bagi mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Kepada semua ahli Rakan Perpustakaan yang akan menamatkan pengajian, diucapkan selamat maju jaya. Semoga beroleh kejayaan dalam semua bidang yang bakal diceburi.


Monday 15 October 2012

Team Building Rakan Perpustakaan Sesi Julai 2012



Rakan Perpustakaan telah mengadakan Team Building pada 7 Oktober 2012 bertempat di Sedim Vista, Kulim Kedah. Seramai 34 orang ahli RP diiringi 4 orang kakitangan perpustakaan menghadiri aktiviti out door yang mencabar dan memerlukan kerjasama berpasukan bagi melahirkan RP yang berwibawa dan bersemangat waja.

Tuesday 2 October 2012

Bulan Bahasa Kebangsaan 2012

Menyemarakkan lagi sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 yang di sambut sepanjang bulan Oktober setiap tahun, Unit Perpustakaan PSP menganjurkan Peraduan Penghayatan Jawi dan Peraduan Jejak Bahasa. Borang-borang peraduan boleh di dapati di kaunter perpustakaan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2012. Bagi mempertingkatkan jati diri marilah beramai-ramai menyertai peraduan ini. Hadiah menarik menanti para pemenang.