Friday 25 November 2011

Lawatan Muhibah Dari Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah

Unit Perpustakaan telah menerima lawatan muhibah dari Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah iaitu seramai 6 orang kakitangan dari Unit Perpustakaan dan Unit Data dan Maklumat, pada 21 November 2011. Lawatan penandaarasan ini adalah bagi melihat pelaksanaan sistem KOHA dan sistem open source perpustakaan yang diguna pakai di Perpustakaan PSP serta juga bertukar-tukar pandangan dan idea untuk menambah baik perkhidmatan perpustakaan.

Bulan Bahasa Kebangsaan 2011

Sepanjang Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 yang disambut Oktober setiap tahun, Unit Perpustakaan tidak ketinggalan menganjurkan pertandingan untuk meraikan bulan bahasa ini. Pada kali ini dua pertandingan telah diadakan iaitu Kuiz Mari Mencari dan Pertandingan Semarak Pantun. Penyertaan terbuka kepada semua warga Politeknik Seberang Perai bermula dari 3-21 Oktober 2011. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Pemenang Pertandingan Kuiz Mari Mencari

Fatin Syazwani Binti Munshi

Noraslinda Binti Din (diwakili oleh Uma)

Uswatul Ikmah Binti Ali

Pemenang Pertandingan Semarak Pantun

Norhidayah Binti Abd Rahim

Noor Idawati Binti Md Isa

Syarifah Norhafida Binti Syed Ahmad

Peminjam Terbanyak 2011

Tahniah diucapkan kepada pelajar dari Jabatan Perdagangan, Cik W.Nur Nabihah Binti W.Noor Rushaziz yang dianugerahkan peminjam bahan perpustakaan terbanyak sepanjang tahun 2011.

Tuesday 6 September 2011

Rangsang Minat Membaca

Berita Harian Online : Rangsang minat membaca

Wujudkan pelbagai aktiviti bersama si manja seawal usia

IBU bapa mana yang tidak bimbang, apabila melihat anak kesayangan masih lagi gagap dalam pertuturan apatah lagi sukar untuk membaca. Sedangkan rakan seusia mereka sudah bijak mengeja dan petah berkata-kata.

Apabila berada dalam situasi begitu, ramai ibu bapa mengambil jalan mudah dengan ‘memeras’ anak mereka yang masih kecil untuk terus membaca dan mengeja tanpa menggunakan kaedah yang betul yang hingga akhirnya mendatangkan tekanan buat si kecil.
Keupayaan dan perkembangan kanak-kanak berbeza, walaupun mereka berada di peringkat usia yang sama. Sesetengah kanak-kanak mampu bertindak pantas dalam mengawal kebolehan mereka dan sesetengah juga terpaksa berhadapan dengan kesukaran bergantung kepada waktu dan pertumbuhan yang dilalui anak itu sendiri. Baca lagi....

Tuesday 5 July 2011

~ Ahlan Wasahlan Pelajar Baru Sesi Jun 2011 ~

Unit Perpustakaan Politeknik Seberang Perai mengucapkan selamat datang kepada pelajar - pelajar baru yang telah mendaftar di Politeknik Seberang Perai.

Untuk mendedahkan para pelajar dengan Perpustakaan Politeknik Seberang Perai, satu taklimat perpustakaan akan diadakan pada:

Hari: Selasa
Tarikh: 5Julai 2011
Tempat: Dewan Seri Mutiara

SEMOGA BERJAYA & SELAMAT MENJALANI MINGGU SUAI KENAL

Monday 20 June 2011

Program Bimbingan dan Motivasi Pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Pulau Pinang

Sempena Program Bimbingan dan Motivasi Pelajar Tingkatan 5 Sekolah  Menengah Pulau Pinang, Unit Perpustakaan akan menganjurkan aktiviti 'Information Hunt' seperti ketetapan berikut:


Hari: Selasa
Tarikh: 21 Jun 2011
Masa: 2.00 Petang - 4.30 Petang
Tempat: Perpustakaan Politeknik Seberang Perai
Ajk terlibat: Staf Perpustakaan, RP, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Monday 13 June 2011

Berita Harian Online Kita makin ketandusan bacaan bermutu

Penerbit utamakan karya picisan ketika kerajaan komited galak rakyat terus membaca

MINAT membaca rakyat Malaysia meningkat sedikit berbanding beberapa tahun sebelumnya. Jika dulu mereka membaca beberapa helai muka surat setahun, kajian terbaru menunjukkan mereka membaca dua buku setahun.

Bagaimanapun, data dikeluarkan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pula amat mengejutkan. Statistik penerbitan menunjukkan penurunan yang mendadak. Pada 2008, sebanyak 16,044 naskhah direkodkan, manakala pada 2009 jumlah penerbitan agak menurun kepada 15,767 naskhah dan 15,756 pada 2010. Baca lagi...

Wednesday 8 June 2011

Reading Quotes

There is more treasure in books than in all the pirate's loot on Treasure Island.
- Walt Disney-
To feel most beautifully alive means to be reading something beautiful, ready always to apprehend in the flow of language the sudden flash of poetry.
- Gaston Bachelard-



Thursday 24 February 2011

Suasana Perpustakaan

Pintu Utama Perpustakaan


Kaunter Peminjaman dan Pemulangan


Ruang Belajar


Bilik Muhibah


Ruang Santai

Borang Online

Pameran Buku Bil.1/2011

Unit Perpustakaan akan menganjurkan satu Pameran Buku Bil.1/2011 seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 23 - 24 Feb 2011
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Kantin PSP

Dijemput semua warga PSP hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut.



Wednesday 23 February 2011

Bengkel Penulisan Blog 23-24 Feb 2011

Satu Bengkel Penulisan Blog anjuran UIDM telah diadakan pada 23-24 Feb 2011 bertempat di UIDM. Bengkel telah disertai 20 orang terdiri daripada staf PSP.


En. Ku Adnan Bin Ku Hassan dilantik sebagai pengajar dalam bengkel ini. Beliau merupakan pemilik blog ceriterapakku.blogspot.com.


Antara topik yang diajar ialah 
- pengenalan kepada blog
- cara-cara membina blog
- memahami apa itu blog body
- membuat posting
- mengubahsuai blog