Tuesday 27 March 2012

Ensiklopedia Britannica

Ensiklopedia Britannica versi cetakan dihentikan

Chicago 14 Mac - Encyclopedia Britannica Inc. bakal menghentikan penerbitan ensiklopedia terkenalnya buat pertama kali sejak ia diterbitkan lebih 200 tahun lalu.



Ensiklopedia jenis buku diterbitkan buat pertama kali di Edinbugh, Scotland pada 1768 akan menghentikan jualan selepas stok sedia ada habis.
Selepas ini, syarikat yang berpangkalan di Chicago itu akan terus menawarkan ensiklopedia versi digital.
"Ia tidak ada kena mengena dengan Wikipedia atau Google, cuma produk digital Britannica lebih banyak terjual ketika ini," kata Presidennya, Jorge Cauz.
Tahun paling gemilang bagi ensiklopedia versi cetakan adalah pada tahun 1990 apabila 120,000 set berjaya dijual namun angka tersebut semakin merosot kepada 40,000 set enam tahun kemudian.
Syarikat itu mula meneroka penerbitan digital pada 1970-an dan mengeluarkan CD-ROM pertama pada 1989 serta versi dalam talian pada 1994.
Set ensiklopedia kulit keras terakhir Britannica dijual di laman web syarikat tersebut pada harga AS$1,395 (RM4,256.84).
"Jualan ensiklopedian jenis cetakan semakin merosot beberapa tahun lalu dan kami tahu perkara ini baru berlaku, " katanya.
Syarikat tersebut merancang untuk memperingati versi cetakan dengan memuatkan kandungannya di dalam laman web secara percuma selama seminggu.
Ensiklopedia versi dalam talian dilayari oleh lebih 100 juta orang di dunia dan syarikat tersebut turut menyediakan kandungan di dalam peranti mudah alih.

Seminar Bijak Membaca

Unit Perpustakaan PSP telah mengadakan Seminar Bijak Membaca pada 24 Mac 2012, Sabtu bertempat di Aras 1, Unit Perpustakaan PSP. Antara objektif seminar ialah memberi pendedahan kepada pelajar kemahiran bacaan pantas, meningkatkan kelajuan membaca secara sistematik dan meningkatkan keupayaan mencerna fakta bacaan dan kefahaman bahasa. Penceramah bagi seminar ini ialah Encik Noor Azam Samsudin, Pengarah Urusan SAHABAT Excellent Sdn.Bhd., terlibat dengan perundingan dan konsultansi kewangan dan Neuro Lingguistic Programming (NLP). Selain itu, beliau turut terlibat dalam pelbagai kursus jangka pendek di antaranya "Speed Reading - Maximing Your Time" suatu pendekatan bagi menggunakan masa yang terhad kepada perkara yang berfaedah dalam konteks pembacaan bagi tujuan pendidikan.


Monday 5 March 2012

Bengkel Penerbitan Penulisan Akademik

Perpustakaan Politeknik Seberang Perai akan menganjurkan Bengkel Penerbitan Penulisan Akademik kepada pensyarah Politeknik Seberang Perai. Ini adalah antara usaha mengarus perdanakan politeknik melalui memperkasakan sumber manusia dengan penghasilan penyelidikan, penerbitan serta projek-projek inovasi dalam pelaksanaan Agenda Transformasi Politeknik.

Tujuan bengkel ini dijalankan ialah untuk :-

  • Memperkenalkan teknik mengenai cara-cara untuk menerbitkan penyelidikan dan penulisan
  • Memahami kehendak penerbit dalam penghasilan dalam sesuatu penulisan akademik
Butiran Bengkel Penerbitan Penulisan Akademik seperti berikut :-

                             Tarikh : 19 Mac 2012
                             Tempat : Bilik Tayangan UIDM
                             Kumpulan Sasaran : Pensyarah PSP
                             Bilangan Perserta : 40 Orang

Diharap dengan pelaksanaan bengkel ini akan dapat membantu para pensyarah dalam menerbitkan penyelidikan dan penulisan akademik sebagai usaha mengarusperdanakan politeknik.

Jom Pi Perpustakaan


Perpustakaan Politeknik Seberang Perai sedang menganjurkan Kempen Jom Pi Perpustakaan bermula dari 5 - 10 Mac 2012. Sepanjang kempen ini berlansung, perlbagai aktiviti menarik telah dirancang antaranya seperti :-

  • Tempat Misteri
  • Pengguna Bertuah
  • Sumbangan Buku ( book donation )
  • Kuiz Pencarian Maklumat
  • Booth Bersama Perpustakaan Awam Pulau Pinang
  • Hari Bertemu Pelanggan
  • The Readers
Tujuan kempen ini dijalankan adalah bagi :-

  • Mempromosi perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan
  • menggalakkan warga Politeknik Seberang Perai menggunakan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran dan komuniti
  • Meningkatkan penggunaan perpustakaan dalam kalangan pengguna sedia ada dan pengguna baru
Perpustakaan Politeknik Seberang Perai mengalu-alukan penglibatan semua warga Politeknik Seberang Perai bagi memeriahkan perjalanan kempen Jom pi Perpustakaan.