Tuesday 27 March 2012

Ensiklopedia Britannica

Ensiklopedia Britannica versi cetakan dihentikan

Chicago 14 Mac - Encyclopedia Britannica Inc. bakal menghentikan penerbitan ensiklopedia terkenalnya buat pertama kali sejak ia diterbitkan lebih 200 tahun lalu.



Ensiklopedia jenis buku diterbitkan buat pertama kali di Edinbugh, Scotland pada 1768 akan menghentikan jualan selepas stok sedia ada habis.
Selepas ini, syarikat yang berpangkalan di Chicago itu akan terus menawarkan ensiklopedia versi digital.
"Ia tidak ada kena mengena dengan Wikipedia atau Google, cuma produk digital Britannica lebih banyak terjual ketika ini," kata Presidennya, Jorge Cauz.
Tahun paling gemilang bagi ensiklopedia versi cetakan adalah pada tahun 1990 apabila 120,000 set berjaya dijual namun angka tersebut semakin merosot kepada 40,000 set enam tahun kemudian.
Syarikat itu mula meneroka penerbitan digital pada 1970-an dan mengeluarkan CD-ROM pertama pada 1989 serta versi dalam talian pada 1994.
Set ensiklopedia kulit keras terakhir Britannica dijual di laman web syarikat tersebut pada harga AS$1,395 (RM4,256.84).
"Jualan ensiklopedian jenis cetakan semakin merosot beberapa tahun lalu dan kami tahu perkara ini baru berlaku, " katanya.
Syarikat tersebut merancang untuk memperingati versi cetakan dengan memuatkan kandungannya di dalam laman web secara percuma selama seminggu.
Ensiklopedia versi dalam talian dilayari oleh lebih 100 juta orang di dunia dan syarikat tersebut turut menyediakan kandungan di dalam peranti mudah alih.

No comments:

Post a Comment