Monday 29 April 2013

Peminjam Buku Terbanyak Sesi Disember 2012

Tahniah kepada Saudari Zur Hijrah Binti Harizal dari Jabatan Perdagangan kerana muncul sebagai pelajar peminjam buku terbanyak bagi Sesi Disember 2012. Syabas diucapkan kepada Saudari Zur Hijrah.

Monday 22 April 2013

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir

Unit Perpustakaan mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir kepada semua pelajar Politeknik Seberang Perai, ucapan ini juga khas ditujukan kepada semua ahli Kelab Rakan Perpustakaan. Semoga dapat memjawab soalan dengan tenang dan didoakan beroleh kejayaan.

Monday 15 April 2013

Semai Bakti Rumah Permata Kasih

Bertempat di Rumah Permata Kasih, Taman Pauh Jaya, Permatang Pauh 14 April 2013 Rakan Perpustakaan telah mengadakan program Semai Bakti. Program kali ini juga disertai bersama-sama dengan Rakan Pusat Islam (RPI). Matlamat program ini diadakan bagi menjalinkan budaya berkasih sayang antara RP dan penghuni rumah Permata Kasih yang terdiri daripada anak-anak yatim. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Lambungan Kasih, Picture Show dan Lets Play With Colour. Diharap aktiviti ini mengeratkan lagi ukhwah sesama peserta.

Seminar Bijak Membaca

Unit Perpustakaan telah menganjurkan Seminar Bijak Membaca kepada sebahagian pelajar terpilih daripada Semester 2 dari setiap jabatan pada 23 Mac 2013. Seminar ini adalah satu program untuk mendedahkan pelajar mengenai teknik bacaan yang sistematik dan berkesan. Melalui kemahiran ini pelajar akan lebih merasa keseronokan membaca dan secara tidak langsung menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.