Friday 28 June 2013

Pertandingan Merekacipta Poster Galakan Membaca

Mulai 1hb hingga 31hb Julai 2013 Unit Perpustakaan mengadakan pertandingan merekacipta poster galakan membaca. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga PSP. Tema merekacipta poster ialah Baca Amalan Ceria Anda.Kepada semua pelajar dan kakitangan PSP yang berminat, boleh mengambil maklumat lanjut pertandingan di kaunter perpustakaan.

Monday 24 June 2013

Rakan Perpustakaan Sesi Jun 2013

Kepada semua pelajar Semester Satu Sesi Jun 2013 yang berminat untuk menganggotai Kelab Rakan Perpustakaan, bolehlah mengisi borang keahlian yang boleh didapati di kaunter perpustakaan dan borang atas talian di url http://www.psp.edu.my/libpsp mulai 24 Jun hingga 5 Julai 2013. Borang keahlian yang lengkap hendaklah dikembalikan di kaunter perpustakaan selewat-lewatnya pada 5 Julai 2013. Semua ahli Rakan Perpustakaan wajib menghadiri perjumpaan pertama di Bilik Rujukan Perpustakaan pada 9 Julai 2013 ( Selasa) pada jam 5.00 petang bagi melantik ahli jawatankuasa baharu.

Friday 21 June 2013

Peraduan Teka Mukasurat Buku

Unit Perpustakaan sekali lagi mengadakan Peraduan Teka Mukasurat Buku mulai 24 Jun hingga 12 Julai 2013 kepada semua peminjam bahan perpustakaan. Marilah beramai-ramai ke perpustakaan bagi memeriahkan lagi peraduan yang diadakan ini bagi menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan warga PSP.

Monday 17 June 2013

Selamat Datang Pelajar Baharu Sesi Jun 2013

Unit Perpustakaan mengalu-alukan pendaftaran pelajar baharu Sesi Jun 2013 pada 17 Jun 2013. Tahniah dan syabas kerana bersama-sama PSP dalam merealisasikan impian anda untuk bergelar pelajar yang bakal mencorakkan masa hadapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Buku Kanak-kanak Harumkan Malaysia

Penggiat buku kanak-kanak yang terdiri daripada penerbit, penulis serta ilustrator berjaya mencuri perhatian peserta Festival Kandungan Buku Kanak-kanak Asia (AFCC) di Perpustakaan Negara Singapura, baru-baru ini.