Tuesday 5 August 2014

Pertandingan Coretan Kemerdekaan

Anda mempunyai harapan kepada Malaysia yang tercinta ini, sila luahkan amanat anda itu melalui pertandingan Coretan Kemerdekaan anjuran Kelab Rakan Perpustakaan PSP. Sila dapatkan borang penyertaan dari kaunter perkhidmatan perpustakaan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk poster pertandingan yang dilampirkan. Hadiah menarik menanti para pemenang!

Thursday 24 July 2014

Khidmat & Sumbangan Rakan Perpustakaan

Penubuhan Rakan Perpustakaan terdiri daripada pelajar bertujuan mendapatkan khidmat dan sumbangan serta komitmen pelajar bagi membantu perpustakaan di dalam usaha untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik disamping memberi pendedahan tentang pengurusan perpustakaan.

Thursday 17 July 2014

Peraduan Peribahasa & Mutiara Kata

Unit Perpustakaan mengalu-alukan penyertaan dari semua pelajar PSP untuk menyertai peraduan di atas yang bermula 17 - 25 Julai 2014. Borang penyertaan boleh didapati di kaunter perkhidmatan perpustakaan secara percuma.

Monday 23 June 2014

Program Saya & Perpustakaan

Unit Perpustakaan menganjurkan Program Saya & Perpustakaan mulai 23 Jun hingga 4 Julai 2014 sempena pembukaan sesi Jun 2014. Pelbagai aktiviti menarik para pengguna perpustakaan seperti Peraduan Teka Jumlah Mukasurat Buku, Loker Bertuah, Peminjam Bertuah dan Mencari Bintang. Marilah bersama-sama meraikan program ini di perpustakaan.

Monday 16 June 2014

Selamat Datang Pelajar Baharu Sesi Jun 2014

Unit Perpustakaan mengucapkan selamat datang kepada pelajar baharu Sesi Jun 2014. Tahniah dan syabas kerana memilih PSP sebagai tempat melanjutkan pelajaran. Didoakan kesejahteraan kepada semua pelajar dalam menjalani minggu suaikenal.