Tuesday, 13 August 2013

Majlis Berbuka Puasa Rakan Perpustakaan

Sempena Ramadhan 1434 Hijrah, Rakan Perpustakaan telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di MS Curry Bandar Perda Bukit Mertajam. Majlis telah berlansung pada 19 Julai 2013 (Jumaat) yang telah dihadiri seramai 38 orang Rakan Perpustakaan dan 4 orang kakitangan perpustakaan. Diharapkan majlis sebegini mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan Rakan Perpustakaan dan kakitangan perpustakaan.

Pertandingan Merekacipta Poster Galakan Membaca

Pertandingan Merekacipta Poster Galakan Membaca telah dilanjutkan kepada 23 Ogos 2013. Kepada semua warga PSP marilah beramai-ramai menyertai pertandingan ini bagi menyokong budaya membaca dalam kalangan warga PSP.

Friday, 19 July 2013

Pemenang Teka Jumlah Mukasurat Buku

Tahniah kepada semua pemenang Teka Jumlah Mukasurat Buku yang telah diadakan pada 24 Jun hingga 12 Julai 2013.Syabas diatas penyertaan dan jumlah tekaan yang tepat.

Sesi Taklimat Library Skills

Mulai 2 Julai hingga 25 Julai 2013 Unit Perpustakaan akan mengadakan Sesi Taklimat Library Skills kepada semua pelajar Semester satu bagi memberi pendedahan cara-cara penggunaan perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh perpustakaan dan cara pencarian maklumat yang terdapat di perpustakaan.

Friday, 28 June 2013

Pertandingan Merekacipta Poster Galakan Membaca

Mulai 1hb hingga 31hb Julai 2013 Unit Perpustakaan mengadakan pertandingan merekacipta poster galakan membaca. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga PSP. Tema merekacipta poster ialah Baca Amalan Ceria Anda.Kepada semua pelajar dan kakitangan PSP yang berminat, boleh mengambil maklumat lanjut pertandingan di kaunter perpustakaan.

Monday, 24 June 2013

Rakan Perpustakaan Sesi Jun 2013

Kepada semua pelajar Semester Satu Sesi Jun 2013 yang berminat untuk menganggotai Kelab Rakan Perpustakaan, bolehlah mengisi borang keahlian yang boleh didapati di kaunter perpustakaan dan borang atas talian di url http://www.psp.edu.my/libpsp mulai 24 Jun hingga 5 Julai 2013. Borang keahlian yang lengkap hendaklah dikembalikan di kaunter perpustakaan selewat-lewatnya pada 5 Julai 2013. Semua ahli Rakan Perpustakaan wajib menghadiri perjumpaan pertama di Bilik Rujukan Perpustakaan pada 9 Julai 2013 ( Selasa) pada jam 5.00 petang bagi melantik ahli jawatankuasa baharu.

Friday, 21 June 2013

Peraduan Teka Mukasurat Buku

Unit Perpustakaan sekali lagi mengadakan Peraduan Teka Mukasurat Buku mulai 24 Jun hingga 12 Julai 2013 kepada semua peminjam bahan perpustakaan. Marilah beramai-ramai ke perpustakaan bagi memeriahkan lagi peraduan yang diadakan ini bagi menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan warga PSP.

Monday, 17 June 2013

Selamat Datang Pelajar Baharu Sesi Jun 2013

Unit Perpustakaan mengalu-alukan pendaftaran pelajar baharu Sesi Jun 2013 pada 17 Jun 2013. Tahniah dan syabas kerana bersama-sama PSP dalam merealisasikan impian anda untuk bergelar pelajar yang bakal mencorakkan masa hadapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Buku Kanak-kanak Harumkan Malaysia

Penggiat buku kanak-kanak yang terdiri daripada penerbit, penulis serta ilustrator berjaya mencuri perhatian peserta Festival Kandungan Buku Kanak-kanak Asia (AFCC) di Perpustakaan Negara Singapura, baru-baru ini.

Thursday, 9 May 2013

Lawatan Penandaarasan Ke UniMap & PTSS

Unit Perpustakaan telah menganjurkan lawatan penandaarasan ke UniMAP dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin pada 8 Mei 2013. Objektif lawatan adalah mempelajari amalan terbaik perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di perpustakaan UniMAP dan PTSS juga melihat susun atur dan kemudahan yang disediakan di kedua-dua perpustakaan. Mempelajari di perpustakaan UniMAP yang mengendalikan perkhidmatan ebook dan Worldcat serta melihat kerja-kerja pendigitan bahan-bahan terbitan organisasi dan tesis menggunakan perisian dspace. Melalui pendedahan semasa lawatan penandaarasan ini, kakitangan perpustakaan akan dapat mempelajari dan merancang pembangunan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih sistematik.