Thursday, 9 May 2013
Lawatan Penandaarasan Ke UniMap & PTSS
Unit Perpustakaan telah menganjurkan lawatan penandaarasan ke UniMAP dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin pada 8 Mei 2013. Objektif lawatan adalah mempelajari amalan terbaik perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di perpustakaan UniMAP dan PTSS juga melihat susun atur dan kemudahan yang disediakan di kedua-dua perpustakaan. Mempelajari di perpustakaan UniMAP yang mengendalikan perkhidmatan ebook dan Worldcat serta melihat kerja-kerja pendigitan bahan-bahan terbitan organisasi dan tesis menggunakan perisian dspace.
Melalui pendedahan semasa lawatan penandaarasan ini, kakitangan perpustakaan akan dapat mempelajari dan merancang pembangunan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih sistematik.
Monday, 29 April 2013
Peminjam Buku Terbanyak Sesi Disember 2012
Tahniah kepada Saudari Zur Hijrah Binti Harizal dari Jabatan Perdagangan kerana muncul sebagai pelajar peminjam buku terbanyak bagi Sesi Disember 2012. Syabas diucapkan kepada Saudari Zur Hijrah.
Monday, 22 April 2013
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir
Unit Perpustakaan mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan akhir kepada semua pelajar Politeknik Seberang Perai, ucapan ini juga khas ditujukan kepada semua ahli Kelab Rakan Perpustakaan. Semoga dapat memjawab soalan dengan tenang dan didoakan beroleh kejayaan.
Monday, 15 April 2013
Semai Bakti Rumah Permata Kasih
Seminar Bijak Membaca
Unit Perpustakaan telah menganjurkan Seminar Bijak Membaca kepada sebahagian pelajar terpilih daripada Semester 2 dari setiap jabatan pada 23 Mac 2013.
Seminar ini adalah satu program untuk mendedahkan pelajar mengenai teknik bacaan yang sistematik dan berkesan. Melalui kemahiran ini pelajar akan lebih merasa keseronokan membaca dan secara tidak langsung menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.
Friday, 22 March 2013
Suasana Pertandingan The Readers
Kelab Rakan Perpustakaan bersama-sama Unit Perpustakaan PSP berjaya menganjurkan Pertandingan The Readers pada 16 Mac 2013 yang lalu. Peserta pertandingan terdiri daripada pelajar PSP dari pelbagai semester dan program. Diharap program seperti ini memperkenalkan lagi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Unit Perpustakaan.
Thursday, 21 March 2013
Thursday, 28 February 2013
Pertandingan Fotografi 'Gelagat Membaca'
Adalah dimaklumkan tarikh akhir untuk menghantar penyertaan Pertandingan Fotografi dengan tema 'Gelagat Membaca' yang dianjurkan oleh Unit Perpustakaan dilanjutkan kepada tarikh baru iaitu pada 15 Mac 2013. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar PSP. Hadiah-hadiah menarik melebihi RM100 menanti para pemenang.
Tuesday, 26 February 2013
Lawatan Muhibah PTSB
Unit Perpustakaan PSP mengalu-alukan lawatan muhibah dari Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim Kedah pada 26 Mac 2013. Lawatan di ketuai Pustakawan PTSB dan diiringi seramai 5 orang Pembantu Perpustakaan bagi bertukar-tukar maklumat dan perkongsian pengalaman.
Friday, 22 February 2013
The Readers
Kelab Rakan Perpustakaan bersama-sama Unit Perpustakaan akan mengadakan satu pertandingan info hunt yang dinamakan The Readers. Pertandingan ini akan diadakan pada 16 Mac 2013, Sabtu dan terbuka kepada semua pelajar semester 1. Borang penyertaan boleh didapati dari kaunter perkhidmatan Unit Perpustakaan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Mac 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)