Monday, 14 January 2013
Gotong Royong Rakan Perpustakaan
Kelab Rakan Perpustakaan memulakan aktiviti pertama untuk tahun 2013 dengan program gotong royang menceriakan perpustakaan pada 13 Januari 2013. Seramai 40 orang RP dan dibantu 8 orang kakitangan perpustakaan bekerjasama bagi menceriakan lagi perpustakaan untuk keselesaan pengguna.
Tuesday, 8 January 2013
Taklimat Library Skills
Unit Perpustakaan mengadakan sesi taklimat Library Skills kepada pelajar Semester 1 mulai 3 hingga 29 Januari 2013 di Bilik Internet Unit Perpustakaan.
Taklimat ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sumber-sumber maklumat dan perkhidmatan-perkhidmatan atas talian yang disediakan melalui OPAC perpustakaan.
Saya & Perpustakaan
Bagi menggalakkan para pelajar dan warga PSP mengunjungi perpustakaan, mulai 7 hingga 11 Januari akan di adakan program Saya & Perpustakaan yang menampilkan pengguna loker bertuah, peminjam loker bertuah dan tempat misteri.
Bagi pengguna yang bertuah, akan menerima cenderamata dari Unit Perpustakaan.
Thursday, 13 December 2012
Keahlian Rakan Perpustakaan Sesi Disember 2012
Perhatian kepada semua pelajar baharu Semester Satu kemasukan Disember 2012, kepada yang berminat untuk menganggotai Rakan Perpustakaan, sila dapatkan borang pendaftaran ahli di kaunter perpustakaan mulai 17 Disember 2012 (Isnin). Tarikh akhir untuk mendaftar sebagai ahli adalah pada 31 Disember 2012 (Isnin). Perjumpaan antara ahli lama dan baharu Rakan Perpustakaan akan di adakan pada 3 Januari 2013 (Khamis) mulai jam 5.00 petang di Unit Perpustakaan.
Sesi Taklimat Gerbang Ilmu Bersama Perpustakaan
Satu sesi taklimat perpustakaan yang di namakan Gerbang Ilmu Bersama Perpustakaan telah di adakan pada 12 Disember 2012 bertempat di Dewan Seri Mutiara untuk pelajar Semester Satu kemasukan Sesi Disember 2012. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu tentang kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan yang di tawarkan kepada pelajar.
Monday, 10 December 2012
Selamat Datang Pelajar Baharu PSP
Unit Perpustakaan mengalu-alukan kehadiran para pelajar baharu bagi Sesi Disember 2012. Tahniah atas pemilihan PSP sebagai medan ilmu bagi meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu.
Tuesday, 20 November 2012
Selamat Menduduki Peperiksaan
Unit Perpustakaan mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar PSP khasnya kepada ahli Kelab Rakan Perpustakaan. Semoga berjaya menempuh saat-saat ini dengan tenang dan memperolehi kejayaan nanti.
Thursday, 8 November 2012
Peminjam Buku Terbanyak Sesi Julai 2012
Tahniah dan syabas diucapkan kepada tiga orang pelajar yang telah menjadi peminjam buku terbanyak sepanjang sesi Julai 2012.
Saudari Kogila Devi A/P Santha Rasegaran (Jabatan Perdagangan)
Saudara Mohammad Shalahuddin Bin Yunus (Jabatan Perdagangan)
Saudari Nor Hafizah Binti Haroon (Jabatan Perdagangan)
Semoga minat membaca ini boleh memupuk dan menjadi peransang kepada para pelajar untuk meminjam bahan perpustakaan.
Wednesday, 24 October 2012
Jamuan Perpisahan Rakan Perpustakaan
Sempena meraikan Rakan Perpustakaan yang akan menamatkan pengajian, ahli-ahli kelab Rakan Perpustakaan menganjurkan majlis minum petang pada 22 Oktober 2012. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran pustakawan dan semua kakitangan perpustakaan. Turut diadakan acara bertukar hadiah antara hadirin bagi mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Kepada semua ahli Rakan Perpustakaan yang akan menamatkan pengajian, diucapkan selamat maju jaya. Semoga beroleh kejayaan dalam semua bidang yang bakal diceburi.
Monday, 15 October 2012
Team Building Rakan Perpustakaan Sesi Julai 2012
Rakan Perpustakaan telah mengadakan Team Building pada 7 Oktober 2012 bertempat di Sedim Vista, Kulim Kedah. Seramai 34 orang ahli RP diiringi 4 orang kakitangan perpustakaan menghadiri aktiviti out door yang mencabar dan memerlukan kerjasama berpasukan bagi melahirkan RP yang berwibawa dan bersemangat waja.
Subscribe to:
Posts (Atom)




