Thursday, 13 December 2012

Keahlian Rakan Perpustakaan Sesi Disember 2012

Perhatian kepada semua pelajar baharu Semester Satu kemasukan Disember 2012, kepada yang berminat untuk menganggotai Rakan Perpustakaan, sila dapatkan borang pendaftaran ahli di kaunter perpustakaan mulai 17 Disember 2012 (Isnin). Tarikh akhir untuk mendaftar sebagai ahli adalah pada 31 Disember 2012 (Isnin). Perjumpaan antara ahli lama dan baharu Rakan Perpustakaan akan di adakan pada 3 Januari 2013 (Khamis) mulai jam 5.00 petang di Unit Perpustakaan.

Sesi Taklimat Gerbang Ilmu Bersama Perpustakaan

Satu sesi taklimat perpustakaan yang di namakan Gerbang Ilmu Bersama Perpustakaan telah di adakan pada 12 Disember 2012 bertempat di Dewan Seri Mutiara untuk pelajar Semester Satu kemasukan Sesi Disember 2012. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu tentang kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan yang di tawarkan kepada pelajar.

Monday, 10 December 2012

Selamat Datang Pelajar Baharu PSP

Unit Perpustakaan mengalu-alukan kehadiran para pelajar baharu bagi Sesi Disember 2012. Tahniah atas pemilihan PSP sebagai medan ilmu bagi meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu.

Tuesday, 20 November 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan

Unit Perpustakaan mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar PSP khasnya kepada ahli Kelab Rakan Perpustakaan. Semoga berjaya menempuh saat-saat ini dengan tenang dan memperolehi kejayaan nanti.



Thursday, 8 November 2012

Peminjam Buku Terbanyak Sesi Julai 2012

Tahniah dan syabas diucapkan kepada tiga orang pelajar yang telah menjadi peminjam buku terbanyak sepanjang sesi Julai 2012.

Saudari Kogila Devi A/P Santha Rasegaran (Jabatan Perdagangan)
Saudara Mohammad Shalahuddin Bin Yunus (Jabatan Perdagangan)
Saudari Nor Hafizah Binti Haroon (Jabatan Perdagangan)

Semoga minat membaca ini boleh memupuk dan menjadi peransang kepada para pelajar untuk meminjam bahan perpustakaan.


Wednesday, 24 October 2012

Jamuan Perpisahan Rakan Perpustakaan

Sempena meraikan Rakan Perpustakaan yang akan menamatkan pengajian, ahli-ahli kelab Rakan Perpustakaan menganjurkan majlis minum petang pada 22 Oktober 2012. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran pustakawan dan semua kakitangan perpustakaan. Turut diadakan acara bertukar hadiah antara hadirin bagi mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Kepada semua ahli Rakan Perpustakaan yang akan menamatkan pengajian, diucapkan selamat maju jaya. Semoga beroleh kejayaan dalam semua bidang yang bakal diceburi.


Monday, 15 October 2012

Team Building Rakan Perpustakaan Sesi Julai 2012



Rakan Perpustakaan telah mengadakan Team Building pada 7 Oktober 2012 bertempat di Sedim Vista, Kulim Kedah. Seramai 34 orang ahli RP diiringi 4 orang kakitangan perpustakaan menghadiri aktiviti out door yang mencabar dan memerlukan kerjasama berpasukan bagi melahirkan RP yang berwibawa dan bersemangat waja.

Tuesday, 2 October 2012

Bulan Bahasa Kebangsaan 2012

Menyemarakkan lagi sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 yang di sambut sepanjang bulan Oktober setiap tahun, Unit Perpustakaan PSP menganjurkan Peraduan Penghayatan Jawi dan Peraduan Jejak Bahasa. Borang-borang peraduan boleh di dapati di kaunter perpustakaan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2012. Bagi mempertingkatkan jati diri marilah beramai-ramai menyertai peraduan ini. Hadiah menarik menanti para pemenang.



Tuesday, 25 September 2012

Lawatan Rakan Perpustakaan

Kelab Rakan Perpustakaan telah mengadakan lawatan belajar ke Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Muzium Padi dan juga Menara Alor Setar pada 23 September 2012. Seramai 20 orang ahli kelab diiringi 2 orang staf perpustakaan dan seorang pelajar praktikal telah menyertai lawatan belajar ini bagi menambah pengetahuan tentang perkhimatan dan kemudahan yang ada di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, maklumat penanaman padi dan juga fungsi serta peranan menara telekomunikasi.


Wednesday, 19 September 2012

Lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor, Selama, Perak

Unit Perpustakaan PSP mengalu-alukan kedatangan para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor Selama, Perak pada 19 September 2012. Rombongan pelajar seramai 40 orang diiringi 3 orang guru telah dibawa melawat dan diberi taklimat mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan PSP.