Thursday, 26 July 2012

Taklimat Library Skill

Unit Perpustakaan PSP mengadakan Taklimat Library Skill mulai 24 Julai hingga 16 Ogos 2012 kepada para pelajar Semester Satu. Taklimat ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sumber-sumber maklumat dan perkhidmatan-perkhidmatan atas talian yang disediakan melalui OPAC perpustakaan. 



Friday, 20 July 2012

Rakan Perpustakaan Sesi Julai 2012

Kepada semua pelajar baharu PSP sesi Julai 2012, marilah beramai-ramai menyertai Rakan Perpustakaan. Borang keahlian boleh didapati di kaunter Unit Perpustakaan mulai 16 Julai hingga 23 Julai 2012. Perjumpaan pertama Rakan Perpustakaan akan diadakan pada 23 Julai 2012 jam 4.30 petang bertempat di Bilik Rujukan Unit Perpustakaan.

Peraduan Teka Jumlah Mukasurat Buku

Bermula 16 Julai hingga 31 Julai 2012, Unit Perpustakaan menganjurkan Peraduan Teka Jumlah Mukasurat Buku. Terbuka kepada semua warga PSP yang meminjam bahan perpustakaan. Sila sertai beramai-ramai bagi memeriahkan lagi peraduan ini.

Selamat Datang Pelajar Baru Sesi Julai 2012

Unit Perpustakaan mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada seluruh pelajar baru Politeknik Seberang Perai, sesi Julai 2012.

Tuesday, 15 May 2012

Ikon Membaca Kebangsaan 2012

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad dilantik sebagai Ikon Membaca Kebangsaan 2012 sejajar dengan keterampilannya yang amat mencintai buku, berpengetahuan luas dan gemar membaca.
Pelantikan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran Ikon Membaca Kebangsaan di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
Pelantikan itu sebagai penghargaan kepada Dr.Mahathir atas kejayaan beliau membangunkan negara dengan tahap pengetahuan luas yang berasaskan pembacaan.
Ia juga sebahagian daripada usaha Perpustakaan Negara Malaysia(PNM) untuk memperkasakan promosi galakan membaca dengan lebih meluas menerusi contoh yang ditonjolkan negarawan tersebut.

Monday, 14 May 2012

Lawatan Penandaarasan

Unit Perpustakaan PSP telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia dan Perpustakaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang pada 10 Mei 2012.

Wednesday, 25 April 2012

Selamat Hari Buku Sedunia

Hari Buku Sedunia diperingati setiap 23 April, UNESCO menetapkan tarikh tersebut sebagai Hari Buku Sedunia sebagai satu bentuk penghormatan bagi William Shakespeare dan Miguel de Cervantes, kedua tokoh tersebut yang dikategorikan sebagai penulis dunia yang berjasa dibidangnya.

Selamat Menduduki Peperiksaan

Unit Perpustakaan mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menduduki peperiksaan yang bermula pada 23 April hingga 4 Mei 2012 kepada seluruh pelajar PSP khasnya kepada semua ahli Rakan Perpustakaan.

Thursday, 19 April 2012

Jamuan Rakan Perpustakaan

Bagi meraikan ahli RP yang akan menamatkan pengajian dan meraikan ahli-ahli RP sepanjang Sesi Disember 2011, satu majlis jamuan makan telah di adakan pada 18 April 2012 bertempat di Unit Perpustakaan PSP.
Di harapkan perhubungan antara ahli RP terus terjalin walaupun ada yang akan meneruskan kehidupan baru selepas ini setelah menamatkan pengajian di PSP.

Wednesday, 18 April 2012

Bowling Persahabatan RP

Rakan Perpustakaan telah menganjurkan perlawanan bowling persahabatan pada 8 April 2012 di Ole-Ole Superbowl, Landmark Shopping Centre, Giant Kulim, Kedah.
Penyertaan ahli Rakan Perpustakaan seramai 17 orang dengan 4 orang kakitangan perpustakaan telah memeriahkan perlawanan bowling tersebut.
Aktiviti rekreasi ini sekaligus mengeratkan hubungan sesama ahli dan mempamerkan kehebatan ahli dalam sukan yang dianjurkan.