Monday, 15 April 2013

Seminar Bijak Membaca

Unit Perpustakaan telah menganjurkan Seminar Bijak Membaca kepada sebahagian pelajar terpilih daripada Semester 2 dari setiap jabatan pada 23 Mac 2013. Seminar ini adalah satu program untuk mendedahkan pelajar mengenai teknik bacaan yang sistematik dan berkesan. Melalui kemahiran ini pelajar akan lebih merasa keseronokan membaca dan secara tidak langsung menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar.

Friday, 22 March 2013

Suasana Pertandingan The Readers

Kelab Rakan Perpustakaan bersama-sama Unit Perpustakaan PSP berjaya menganjurkan Pertandingan The Readers pada 16 Mac 2013 yang lalu. Peserta pertandingan terdiri daripada pelajar PSP dari pelbagai semester dan program. Diharap program seperti ini memperkenalkan lagi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Unit Perpustakaan.

Thursday, 28 February 2013

Pertandingan Fotografi 'Gelagat Membaca'

Adalah dimaklumkan tarikh akhir untuk menghantar penyertaan Pertandingan Fotografi dengan tema 'Gelagat Membaca' yang dianjurkan oleh Unit Perpustakaan dilanjutkan kepada tarikh baru iaitu pada 15 Mac 2013. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar PSP. Hadiah-hadiah menarik melebihi RM100 menanti para pemenang.

Tuesday, 26 February 2013

Lawatan Muhibah PTSB

Unit Perpustakaan PSP mengalu-alukan lawatan muhibah dari Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim Kedah pada 26 Mac 2013. Lawatan di ketuai Pustakawan PTSB dan diiringi seramai 5 orang Pembantu Perpustakaan bagi bertukar-tukar maklumat dan perkongsian pengalaman.

Friday, 22 February 2013

The Readers

Kelab Rakan Perpustakaan bersama-sama Unit Perpustakaan akan mengadakan satu pertandingan info hunt yang dinamakan The Readers. Pertandingan ini akan diadakan pada 16 Mac 2013, Sabtu dan terbuka kepada semua pelajar semester 1. Borang penyertaan boleh didapati dari kaunter perkhidmatan Unit Perpustakaan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Mac 2013.

Thursday, 7 February 2013

Pemanjangan Waktu Perkhidmatan Perpustakaan

Unit Perpustakaan akan melanjutkan waktu perkhidmatan perpustakaan mulai 18 Februari hingga 27 April 2013 bagi memudahkan semua pengguna perpustakaan menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan. Maklumat perkhidmatan boleh dirujuk melalui poster dibawah.

Pameran Buku PSP

Unit Perpustakaan akan menganjurkan Pameran Buku bersempena pemberian Baucer Buku 1Malaysia pada 19 hingga 21 Februari 2013 di Kantin PSP mulai jam 9 pagi hingga 4 petang. Para pelajar dan kakitangan PSP dijemput hadir bagi memeriahkan pameran buku ini. Pelbagai buku menarik beserta potongan harga ditawarkan.

Tuesday, 5 February 2013

Bowling Rakan Perpustakaan

Rakan Perpustakaan telah menganjurkan Bowling Persahabatan RP pada 2 Februari 2013 bertempat di Pacific Megamall Perai. Seramai 28 orang RP bersama-sama 5 orang kakitangan perpustakaan menyertai aktiviti riadah ini bagi melahirkan semangat kesukanan dalam kalangan RP.

Friday, 1 February 2013

Pertandingan Fotografi

Unit Perpustakaan PSP menganjurkan Pertandingan Fotografi dengan tema Gelagat Membaca yang terbuka kepada pelajar PSP sahaja mulai 1hb. hingga 28hb. Februari 2013. Borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di kaunter perkhidmatan Unit Perpustakaan.