Thursday, 28 February 2013

Pertandingan Fotografi 'Gelagat Membaca'

Adalah dimaklumkan tarikh akhir untuk menghantar penyertaan Pertandingan Fotografi dengan tema 'Gelagat Membaca' yang dianjurkan oleh Unit Perpustakaan dilanjutkan kepada tarikh baru iaitu pada 15 Mac 2013. Penyertaan terbuka kepada semua pelajar PSP. Hadiah-hadiah menarik melebihi RM100 menanti para pemenang.

Tuesday, 26 February 2013

Lawatan Muhibah PTSB

Unit Perpustakaan PSP mengalu-alukan lawatan muhibah dari Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim Kedah pada 26 Mac 2013. Lawatan di ketuai Pustakawan PTSB dan diiringi seramai 5 orang Pembantu Perpustakaan bagi bertukar-tukar maklumat dan perkongsian pengalaman.

Friday, 22 February 2013

The Readers

Kelab Rakan Perpustakaan bersama-sama Unit Perpustakaan akan mengadakan satu pertandingan info hunt yang dinamakan The Readers. Pertandingan ini akan diadakan pada 16 Mac 2013, Sabtu dan terbuka kepada semua pelajar semester 1. Borang penyertaan boleh didapati dari kaunter perkhidmatan Unit Perpustakaan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Mac 2013.

Thursday, 7 February 2013

Pemanjangan Waktu Perkhidmatan Perpustakaan

Unit Perpustakaan akan melanjutkan waktu perkhidmatan perpustakaan mulai 18 Februari hingga 27 April 2013 bagi memudahkan semua pengguna perpustakaan menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan. Maklumat perkhidmatan boleh dirujuk melalui poster dibawah.

Pameran Buku PSP

Unit Perpustakaan akan menganjurkan Pameran Buku bersempena pemberian Baucer Buku 1Malaysia pada 19 hingga 21 Februari 2013 di Kantin PSP mulai jam 9 pagi hingga 4 petang. Para pelajar dan kakitangan PSP dijemput hadir bagi memeriahkan pameran buku ini. Pelbagai buku menarik beserta potongan harga ditawarkan.

Tuesday, 5 February 2013

Bowling Rakan Perpustakaan

Rakan Perpustakaan telah menganjurkan Bowling Persahabatan RP pada 2 Februari 2013 bertempat di Pacific Megamall Perai. Seramai 28 orang RP bersama-sama 5 orang kakitangan perpustakaan menyertai aktiviti riadah ini bagi melahirkan semangat kesukanan dalam kalangan RP.

Friday, 1 February 2013

Pertandingan Fotografi

Unit Perpustakaan PSP menganjurkan Pertandingan Fotografi dengan tema Gelagat Membaca yang terbuka kepada pelajar PSP sahaja mulai 1hb. hingga 28hb. Februari 2013. Borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di kaunter perkhidmatan Unit Perpustakaan.

Monday, 14 January 2013

Gotong Royong Rakan Perpustakaan

Kelab Rakan Perpustakaan memulakan aktiviti pertama untuk tahun 2013 dengan program gotong royang menceriakan perpustakaan pada 13 Januari 2013. Seramai 40 orang RP dan dibantu 8 orang kakitangan perpustakaan bekerjasama bagi menceriakan lagi perpustakaan untuk keselesaan pengguna.

Tuesday, 8 January 2013

Taklimat Library Skills

Unit Perpustakaan mengadakan sesi taklimat Library Skills kepada pelajar Semester 1 mulai 3 hingga 29 Januari 2013 di Bilik Internet Unit Perpustakaan. Taklimat ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sumber-sumber maklumat dan perkhidmatan-perkhidmatan atas talian yang disediakan melalui OPAC perpustakaan.

Saya & Perpustakaan

Bagi menggalakkan para pelajar dan warga PSP mengunjungi perpustakaan, mulai 7 hingga 11 Januari akan di adakan program Saya & Perpustakaan yang menampilkan pengguna loker bertuah, peminjam loker bertuah dan tempat misteri. Bagi pengguna yang bertuah, akan menerima cenderamata dari Unit Perpustakaan.