Thursday, 7 February 2013

Pemanjangan Waktu Perkhidmatan Perpustakaan

Unit Perpustakaan akan melanjutkan waktu perkhidmatan perpustakaan mulai 18 Februari hingga 27 April 2013 bagi memudahkan semua pengguna perpustakaan menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan. Maklumat perkhidmatan boleh dirujuk melalui poster dibawah.

Pameran Buku PSP

Unit Perpustakaan akan menganjurkan Pameran Buku bersempena pemberian Baucer Buku 1Malaysia pada 19 hingga 21 Februari 2013 di Kantin PSP mulai jam 9 pagi hingga 4 petang. Para pelajar dan kakitangan PSP dijemput hadir bagi memeriahkan pameran buku ini. Pelbagai buku menarik beserta potongan harga ditawarkan.

Tuesday, 5 February 2013

Bowling Rakan Perpustakaan

Rakan Perpustakaan telah menganjurkan Bowling Persahabatan RP pada 2 Februari 2013 bertempat di Pacific Megamall Perai. Seramai 28 orang RP bersama-sama 5 orang kakitangan perpustakaan menyertai aktiviti riadah ini bagi melahirkan semangat kesukanan dalam kalangan RP.

Friday, 1 February 2013

Pertandingan Fotografi

Unit Perpustakaan PSP menganjurkan Pertandingan Fotografi dengan tema Gelagat Membaca yang terbuka kepada pelajar PSP sahaja mulai 1hb. hingga 28hb. Februari 2013. Borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh diperolehi di kaunter perkhidmatan Unit Perpustakaan.

Monday, 14 January 2013

Gotong Royong Rakan Perpustakaan

Kelab Rakan Perpustakaan memulakan aktiviti pertama untuk tahun 2013 dengan program gotong royang menceriakan perpustakaan pada 13 Januari 2013. Seramai 40 orang RP dan dibantu 8 orang kakitangan perpustakaan bekerjasama bagi menceriakan lagi perpustakaan untuk keselesaan pengguna.

Tuesday, 8 January 2013

Taklimat Library Skills

Unit Perpustakaan mengadakan sesi taklimat Library Skills kepada pelajar Semester 1 mulai 3 hingga 29 Januari 2013 di Bilik Internet Unit Perpustakaan. Taklimat ini adalah bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai sumber-sumber maklumat dan perkhidmatan-perkhidmatan atas talian yang disediakan melalui OPAC perpustakaan.

Saya & Perpustakaan

Bagi menggalakkan para pelajar dan warga PSP mengunjungi perpustakaan, mulai 7 hingga 11 Januari akan di adakan program Saya & Perpustakaan yang menampilkan pengguna loker bertuah, peminjam loker bertuah dan tempat misteri. Bagi pengguna yang bertuah, akan menerima cenderamata dari Unit Perpustakaan.

Thursday, 13 December 2012

Keahlian Rakan Perpustakaan Sesi Disember 2012

Perhatian kepada semua pelajar baharu Semester Satu kemasukan Disember 2012, kepada yang berminat untuk menganggotai Rakan Perpustakaan, sila dapatkan borang pendaftaran ahli di kaunter perpustakaan mulai 17 Disember 2012 (Isnin). Tarikh akhir untuk mendaftar sebagai ahli adalah pada 31 Disember 2012 (Isnin). Perjumpaan antara ahli lama dan baharu Rakan Perpustakaan akan di adakan pada 3 Januari 2013 (Khamis) mulai jam 5.00 petang di Unit Perpustakaan.

Sesi Taklimat Gerbang Ilmu Bersama Perpustakaan

Satu sesi taklimat perpustakaan yang di namakan Gerbang Ilmu Bersama Perpustakaan telah di adakan pada 12 Disember 2012 bertempat di Dewan Seri Mutiara untuk pelajar Semester Satu kemasukan Sesi Disember 2012. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu tentang kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan yang di tawarkan kepada pelajar.

Monday, 10 December 2012

Selamat Datang Pelajar Baharu PSP

Unit Perpustakaan mengalu-alukan kehadiran para pelajar baharu bagi Sesi Disember 2012. Tahniah atas pemilihan PSP sebagai medan ilmu bagi meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu.