Wednesday, 24 October 2012

Jamuan Perpisahan Rakan Perpustakaan

Sempena meraikan Rakan Perpustakaan yang akan menamatkan pengajian, ahli-ahli kelab Rakan Perpustakaan menganjurkan majlis minum petang pada 22 Oktober 2012. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran pustakawan dan semua kakitangan perpustakaan. Turut diadakan acara bertukar hadiah antara hadirin bagi mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Kepada semua ahli Rakan Perpustakaan yang akan menamatkan pengajian, diucapkan selamat maju jaya. Semoga beroleh kejayaan dalam semua bidang yang bakal diceburi.


Monday, 15 October 2012

Team Building Rakan Perpustakaan Sesi Julai 2012



Rakan Perpustakaan telah mengadakan Team Building pada 7 Oktober 2012 bertempat di Sedim Vista, Kulim Kedah. Seramai 34 orang ahli RP diiringi 4 orang kakitangan perpustakaan menghadiri aktiviti out door yang mencabar dan memerlukan kerjasama berpasukan bagi melahirkan RP yang berwibawa dan bersemangat waja.

Tuesday, 2 October 2012

Bulan Bahasa Kebangsaan 2012

Menyemarakkan lagi sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 yang di sambut sepanjang bulan Oktober setiap tahun, Unit Perpustakaan PSP menganjurkan Peraduan Penghayatan Jawi dan Peraduan Jejak Bahasa. Borang-borang peraduan boleh di dapati di kaunter perpustakaan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober 2012. Bagi mempertingkatkan jati diri marilah beramai-ramai menyertai peraduan ini. Hadiah menarik menanti para pemenang.



Tuesday, 25 September 2012

Lawatan Rakan Perpustakaan

Kelab Rakan Perpustakaan telah mengadakan lawatan belajar ke Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Muzium Padi dan juga Menara Alor Setar pada 23 September 2012. Seramai 20 orang ahli kelab diiringi 2 orang staf perpustakaan dan seorang pelajar praktikal telah menyertai lawatan belajar ini bagi menambah pengetahuan tentang perkhimatan dan kemudahan yang ada di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, maklumat penanaman padi dan juga fungsi serta peranan menara telekomunikasi.


Wednesday, 19 September 2012

Lawatan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor, Selama, Perak

Unit Perpustakaan PSP mengalu-alukan kedatangan para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Bayor Selama, Perak pada 19 September 2012. Rombongan pelajar seramai 40 orang diiringi 3 orang guru telah dibawa melawat dan diberi taklimat mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang terdapat di perpustakaan PSP.


Tuesday, 18 September 2012

Majlis Jamuan Hari Raya RP 2012

Bersempena meraikan bulan Syawal yang mulia, Rakan Perpustakaan mengadakan majlis jamuan hari raya pada 11 September 2012 bertempat di Unit Perpustakaan PSP. Adalah menjadi harapan agar majlis hari raya ini untuk semua ahli dan staf merapatkan silaturrahim sambil menikmati juadah seperti rendang dan lemang.
Tahniah kepada Saudara Khairee dan Saudari Siti Nabila yang telah terpilih sebagai pemenang pakaian segak dan anggun.
Hingga berjumpa lagi di lain masa, maaf zahir batin.

Tahniah Pemenang Peraduan Kenali Tokoh

Ucapan tahniah kepada lima orang pemenang Peraduan Kenali Tokoh anjuran Unit Perpustakaan PSP bersempena kemerdekaan negara yang ke 55 tahun.

Muhamad Suheimi Bin Ibrahim dari Jabatan Perdagangan
Sharifah Norhafida Binti Syed Ahmad dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Anis Syazwani Binti Anuar dari Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
Puteri Nur Syuhaidah Binti Rahman dari Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi serta Mohd Nur Iman Bin Mohd Yatim dari Unit ICT

Kepada para peserta yang tidak berjaya, cuba lagi di lain kali.
Usaha tangga kejayaan.

Thursday, 16 August 2012

Majlis Jamuan Berbuka Puasa RP

Rakan Perpustakaan telah menganjurkan Majlis Jamuan Berbuka Puasa RP pada 9 Ogos 2012 bertempat di Super N8 Lunas, Kulim Kedah. Majlis di meriahkan dengan kehadiran 3 orang kakitangan perpustakaan dan 43 orang RP. 

Wednesday, 15 August 2012

Peraduan Kenali Tokoh


Unit Perpustakaan menganjurkan Peraduan Kenali Tokoh sempena bulan kemerdekaan yang ke 55. Peraduan dibuka dari 2-30 Ogos 2012 kepada semua warga PSP. Marilah beramai-ramai menyertai peraduan ini bagi mengenali tokoh kemerdekaan kita.

Friday, 3 August 2012

Pemenang Peraduan Teka Jumlah Mukasurat Buku

Tahniah diucapkan kepada pemenang Peraduan Teka Jumlah Mukasurat Buku anjuran Unit Perpustakaan yang telah diadakan mulai 16 - 31 Julai 2012 iaitu Saudari Nor Haziyah Akbar (JP), Encik Muhammad Nasir Marzuki (JKM) dan Saudari Siti Zulaikha Subree (JP). Syabas diucapkan kepada para pemenang!