Perpustakaan PSP akan mengadakan Karnival Membaca pada 10-11 Mac 2016.
Dapatkan Buku " KEMBARA KE ANGKASA" & anda peluang mendapat
tandatangan serta bergambar bersama Angkasawan Negara Dato' Dr. Sheikh
Muszaphar Shukor.
Tarikh: 10 Mac 2016
Tempat: Perpustakaan PSP
Jam: 12.30 Tengahari
Monday, 22 February 2016
Tuesday, 5 August 2014
Pertandingan Coretan Kemerdekaan
Anda mempunyai harapan kepada Malaysia yang tercinta ini, sila luahkan amanat anda itu melalui pertandingan Coretan Kemerdekaan anjuran Kelab Rakan Perpustakaan PSP. Sila dapatkan borang penyertaan dari kaunter perkhidmatan perpustakaan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk poster pertandingan yang dilampirkan. Hadiah menarik menanti para pemenang!
Thursday, 24 July 2014
Khidmat & Sumbangan Rakan Perpustakaan
Penubuhan Rakan Perpustakaan terdiri daripada pelajar bertujuan mendapatkan khidmat dan sumbangan serta komitmen pelajar bagi membantu perpustakaan di dalam usaha untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik disamping memberi pendedahan tentang pengurusan perpustakaan.
Thursday, 17 July 2014
Peraduan Peribahasa & Mutiara Kata
Unit Perpustakaan mengalu-alukan penyertaan dari semua pelajar PSP untuk menyertai peraduan di atas yang bermula 17 - 25 Julai 2014. Borang penyertaan boleh didapati di kaunter perkhidmatan perpustakaan secara percuma.
Monday, 23 June 2014
Program Saya & Perpustakaan
Unit Perpustakaan menganjurkan Program Saya & Perpustakaan mulai 23 Jun hingga 4 Julai 2014 sempena pembukaan sesi Jun 2014. Pelbagai aktiviti menarik para pengguna perpustakaan seperti Peraduan Teka Jumlah Mukasurat Buku, Loker Bertuah, Peminjam Bertuah dan Mencari Bintang. Marilah bersama-sama meraikan program ini di perpustakaan.
Monday, 16 June 2014
Selamat Datang Pelajar Baharu Sesi Jun 2014
Unit Perpustakaan mengucapkan selamat datang kepada pelajar baharu Sesi Jun 2014. Tahniah dan syabas kerana memilih PSP sebagai tempat melanjutkan pelajaran. Didoakan kesejahteraan kepada semua pelajar dalam menjalani minggu suaikenal.
Wednesday, 27 November 2013
Program Pertukaran Buku
Assalammualaikum & Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan PSP akan menganjurkan 'Program Pertukaran Buku' dimana setiap buku terpakai akan ditukar dengan kupon.
Sebagai permulaan program, tuan/puan adalah dijemput untuk menghantar bahan terpakai pada ketetapan berikut :
Tarikh : 25 November - 9 Disember 2013
Masa : 9.00pagi - 4.30 petang
Tempat : Perpustakaan PSP
Penebusan kupon akan dilaksanakan sempena minggu 'Saya Dan Perpustakaan' iaitu pada :
Tarikh : 11 & 12 Disember 2013
Masa : 9.00 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Bacaan Pensyarah, Perpustakaan PSP
Bersama ini disertakan maklumat penuh program untuk makluman tuan/puan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Rosriani Yahya (samb. 1121, rosriani@psp.edu.my) atau Pn Zuraidah Omar (samb. 5223/1126, zuraidah@psp.edu.my)
Selamat Datang Pelajar Baharu Semester Disember 2013
Unit Perpustakaan PSP mengalu-alukan kemasukan para pelajar baharu Semester Disember 2013.
Tahniah dan syabas kerana memilih PSP sebagai pusat pengajian anda semua.
Unit Perpustakaan menanti dengan tangan terbuka kehadiran para pelajar untuk menggunakan segala perkhidmatan dan kemudahan di perpustakaan.
Monday, 9 September 2013
Jamuan Hari Raya Rakan Perpustakaan
Sempena meraikan Aidilfitri Syawal 1434 Hijrah, Rakan Perpustakaan telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya pada 27 Ogos 2013. Majlis ini diadakan bagi merapatkan hubungan silaturahim diantara Rakan Perpustakaan dan Staf Perpustakaan. Antara aktiviti yang diadakan pada sambutan tersebut ialah Pertandingan Pakaian Segak Lelaki dan Pakaian Anggun Wanita. Untuk pakaian segak dimenangi oleh Saudara Khairee Azri, untuk pakaian anggun dimenangi oleh Saudari Alia.
Pemenang Pertandingan Merekacipta Poster Galakan Membaca
Tahniah diucapkan kepada para pemenang Pertandingan Merekacipta Poster Galakan Membaca anjuran Unit Perpustakaan PSP.
Tuesday, 13 August 2013
Majlis Berbuka Puasa Rakan Perpustakaan
Sempena Ramadhan 1434 Hijrah, Rakan Perpustakaan telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di MS Curry Bandar Perda Bukit Mertajam. Majlis telah berlansung pada 19 Julai 2013 (Jumaat) yang telah dihadiri seramai 38 orang Rakan Perpustakaan dan 4 orang kakitangan perpustakaan.
Diharapkan majlis sebegini mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan Rakan Perpustakaan dan kakitangan perpustakaan.
Pertandingan Merekacipta Poster Galakan Membaca
Pertandingan Merekacipta Poster Galakan Membaca telah dilanjutkan kepada 23 Ogos 2013. Kepada semua warga PSP marilah beramai-ramai menyertai pertandingan ini bagi menyokong budaya membaca dalam kalangan warga PSP.
Friday, 19 July 2013
Pemenang Teka Jumlah Mukasurat Buku
Tahniah kepada semua pemenang Teka Jumlah Mukasurat Buku yang telah diadakan pada 24 Jun hingga 12 Julai 2013.Syabas diatas penyertaan dan jumlah tekaan yang tepat.
Sesi Taklimat Library Skills
Mulai 2 Julai hingga 25 Julai 2013 Unit Perpustakaan akan mengadakan Sesi Taklimat Library Skills kepada semua pelajar Semester satu bagi memberi pendedahan cara-cara penggunaan perkhidmatan atas talian yang disediakan oleh perpustakaan dan cara pencarian maklumat yang terdapat di perpustakaan.
Friday, 28 June 2013
Pertandingan Merekacipta Poster Galakan Membaca
Mulai 1hb hingga 31hb Julai 2013 Unit Perpustakaan mengadakan pertandingan merekacipta poster galakan membaca. Pertandingan ini terbuka kepada semua warga PSP. Tema merekacipta poster ialah Baca Amalan Ceria Anda.Kepada semua pelajar dan kakitangan PSP yang berminat, boleh mengambil maklumat lanjut pertandingan di kaunter perpustakaan.
Monday, 24 June 2013
Rakan Perpustakaan Sesi Jun 2013
Kepada semua pelajar Semester Satu Sesi Jun 2013 yang berminat untuk menganggotai Kelab Rakan Perpustakaan, bolehlah mengisi borang keahlian yang boleh didapati di kaunter perpustakaan dan borang atas talian di url http://www.psp.edu.my/libpsp mulai 24 Jun hingga 5 Julai 2013. Borang keahlian yang lengkap hendaklah dikembalikan di kaunter perpustakaan selewat-lewatnya pada 5 Julai 2013. Semua ahli Rakan Perpustakaan wajib menghadiri perjumpaan pertama di Bilik Rujukan Perpustakaan pada 9 Julai 2013 ( Selasa) pada jam 5.00 petang bagi melantik ahli jawatankuasa baharu.
Friday, 21 June 2013
Peraduan Teka Mukasurat Buku
Unit Perpustakaan sekali lagi mengadakan Peraduan Teka Mukasurat Buku mulai 24 Jun hingga 12 Julai 2013 kepada semua peminjam bahan perpustakaan. Marilah beramai-ramai ke perpustakaan bagi memeriahkan lagi peraduan yang diadakan ini bagi menggalakkan tabiat membaca dalam kalangan warga PSP.
Monday, 17 June 2013
Selamat Datang Pelajar Baharu Sesi Jun 2013
Unit Perpustakaan mengalu-alukan pendaftaran pelajar baharu Sesi Jun 2013 pada 17 Jun 2013. Tahniah dan syabas kerana bersama-sama PSP dalam merealisasikan impian anda untuk bergelar pelajar yang bakal mencorakkan masa hadapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Buku Kanak-kanak Harumkan Malaysia
Thursday, 9 May 2013
Lawatan Penandaarasan Ke UniMap & PTSS
Unit Perpustakaan telah menganjurkan lawatan penandaarasan ke UniMAP dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin pada 8 Mei 2013. Objektif lawatan adalah mempelajari amalan terbaik perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di perpustakaan UniMAP dan PTSS juga melihat susun atur dan kemudahan yang disediakan di kedua-dua perpustakaan. Mempelajari di perpustakaan UniMAP yang mengendalikan perkhidmatan ebook dan Worldcat serta melihat kerja-kerja pendigitan bahan-bahan terbitan organisasi dan tesis menggunakan perisian dspace.
Melalui pendedahan semasa lawatan penandaarasan ini, kakitangan perpustakaan akan dapat mempelajari dan merancang pembangunan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih sistematik.
Subscribe to:
Posts (Atom)


